Monday, April 19, 2010

SOALAN LAZIM PENGGUNA JAMU RATU DARA

Soalan : Semasa pengambilan Jamu Ratu Dara, bolehkah seseorang itu mengambil makanan tambahan, vitamin, pil perancang atau lain-lain supplement?

Jawapan : Jamu Ratu Dara di buat 100% daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan.Tiada sebarang masalah tetapi di nasihatkan untuk menjarakkan masa pengambilan antara ubat-ubatan lain itu sekurang-kurangnya 2 jam.

Soalan : Siapakah yang tidak boleh makan dan mengamalkan Jamu Ratu Dara ini?

Jawapan : Mereka yang sedang menyusu bayi, sedang datang bulan dan mereka yang menghidap darah tinggi tidak di galakkan.

Soalan: Adakah boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara selepas bersalin / melahirkan?


Jawapan : Bagi orang yang baru melahirkan anak, boleh mengambil JRD pada hari ke-20 dalam pantang. JRD dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut, menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim.

**Namun jika menyusu badan, tidak di galakkan / bergantung pada bayi. Mulakan dengan dos yang sedikit iaitu sebiji sehari. Jika bayi tidak serasi, berhenti.

Soalan : Jamu Ratu Dara panas tak? Boleh membantu mendapatkan zuriat?


Jawapan : Jamu Ratu Dara tidak panas. Insya-Allah boleh membantu menyuburkan rahim dan membantu untuk menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri..

Soalan : Bolehkah amalkan Jamu Ratu Dara jika saya masih menyusukan bayi?


Jawapan : Kami tidak mengalakkan pengambilan JRD semasa tempoh menyusu bayi. (Tetapi jika anda ingin mencuba juga, mulakan dengan dos yang sedikit. Sebiji sehari, dan lihat tindak-balas bayi. Jika bayi anda tidak serasi anda di nasihatkan berhenti)

Soalan : Adakah Jamu Ratu Dara boleh membantu melancarkan sistem kitaran haid yang tidak teratur?


Jawapan : Salah satu khasiat Jamu Ratu Dara adalah membetulkan sistem kitaran haid bagi yang mengalami masalah haid tidak teratur. Alhamdullillah ramai yang telah dapat mengatasinya.

Soalan : Mengapa setelah mengambil Jamu Ratu Dara, darah haid saya keluar dengan banyak dari biasa?


Jawapan : Itu adalah tindak-balas positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu di keluarkan dengan kadar yang sepatutnya agar tidak tertinggal didalam rahim. Jika haid tidak lawas dan keluar sedikit sahaja di khuatiri kelak akan menimbulkan masalah rahim dimasa akan datang.

Soalan : Adakah anak dara yang belum berkahwin boleh ke mengamalkan Jamu Ratu Dara?

Jawapan : Boleh. Jika anak dara dan belum berkahwin, memadai dengan sebiji ke dua biji sehari sahaja. (Pengambilan jamu perlu diamalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke fasa perkahwinan dan seterusnya memasuki alam keluarga dan berkeluarga)

Soalan : Adakah Jamu Ratu Dara boleh menguruskan badan?


Jawapan : Jamu Ratu Dara BUKAN produk utk menguruskan badan. Ia merupakan produk herba yang khusus utk kesihatan dalaman wanita. Tetapi JRD sangat berkesan untuk melawaskan pembuangan. Sedikit sebanyak mungkin boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak. Wajibkan pengambilan 8 gelas air atau lebih dalam sehari.

Soalan : Sejauh mana Jamu Ratu Dara boleh membantu hubungan intim suami isteri?

Jawapan : Ini adalah terbukti dan telah ramai yang berpuas hati. Para isteri yang mempunyai masalah semasa melakukan hubungan intim pasti akan dapat menghangatkan kembali hubungan bersama suami.
**Tips – Amalkan memakan JRD 2 biji pagi dan 2 biji malam. Cuti dari bersama suami selama 3-5 hari. Selepas tempoh bercuti dan berpantang selama 3-5hari itu, cuba bersama dengan suami anda. Pasti akan rasa perbezaanya! Hangat seperti malam pertama.. Suami anda pasti tersenyum..


PERINGATAN – Tindak-balas dan testimoni adalah berbeza-beza mengikut individu dan keserasian badan masing-masing. Jika anda tidak biasa / tidak pernah makan jamu, mulakan dgn dos yang sedikit dahulu supaya badan anda tidak terkejut dengan tindak balas herba ini.